Thursday, August 18, 2011

tapi bila sampai tang aku...

"kita hanya mampu merancang,tuhan yang menentukan"

bila dah sampai stage mcmni.segala apa yang aku rancang dulu-sekarang-masa depan , tak lagi sama. satu demi satu apa yg aku rancang nak buat, aku terpaksa lepas kan. untuk kebaikan sumua orang .

aku anak ke-4 dr 6 adik beradik. ada abang,kakak,adik lelaki,adik perempuan. aku di tengah. sekarang, kalo nak suruh mak aku describe sorang2 pasal anak2 dia yg laen,die boleh cite dari A sampai Z. semua baik2 belaka.

tapi bila dah sampai tang aku....

aku pun tak tahu ape yg aku ada untuk mak aku banga2 kan depan adik beradik aku yg lain.

aku teruk.pemalas.suka tidur lambat,bangun lambat.tak penah nak bersyukur. boros. itu ini itu ini itu ini...

tapi.bila mak aku suruh apa2,aku gak yg mak aku cari.aku gak yg buat. aku gak "org yg plg sesuai" untuk disuruh kalo nak banding kan ngan adik beradik yg laen. kenapa?

bukan nak mengungkit mak.bukan nak berkira.tapi,knapa mak tak ingat semua tu bila mak ckp ancik ni pemalas,tak guna,ckp skang tak boleh pakai,boros, blablabla..??


satu benda shj yg aku pegang dari aku kecik smpai sekarang,moga-moga smpai bila-bila...

"syurga itu di bawah telapak kaki mak".

forgive me mak. i love you.

Sunday, August 7, 2011

w.p labuan la~...not sabah~

dulu time kecil-kecil.bila family aku balik raya kat kampung. tak kesah la kat johor or negeri sembilan, menjadi kebiasaan saudara-saudara aku cakap benda ni

"ouuuhhhhhhh~ orang SABAH dah sampai dah~".

yes.sabah.

even dah bnyk kali orang bagitau labuan tu dah jadi wilayah persekutuan sejak aku darjah 5, dorang still mengklasifikasi kan aku tinggal kat negeri di bawah bayu tu .aiyeeee . now bila orang ckp aku org sabah, aku tunduk je.(lap buih kat mulut)

lepas tu, dulu bila aku sekola rendah, bila cakap tentang asal usul je aku rase mcm bosan. member2 aku yg anak askar sume mcm cool je .bila tanya dorang , ada yang jawab penang,kedah,perak . bila tnya aku,aku jawab 

"lahir kat sini.TAPI MAK BAPAK SEMENANJUNG".(nak gak ckp)

tapi bila dah besar, gi tempat blaja baru. orang dok tanya , wey ko asal mana a? ,introduce yourself please~ (cikgu english aku) ......dude, mana? (mana apa pun aku x tau),  asal mana dowwwww????!!

aku pun jwb la "labuan".

sume mcm pelik,mcm tekejut,mcm wow...labuan tu kat mana ek? wo,aku takde pun membe orang labuan..labuan tu malaysia ke? ...ouhh..orang SABAH la ni..ke sarawak?..aku ada sorang membe orang sabah...die mesti kenal kau....so ,kau tinggal kat hutan la ek?...terer sumpit?  lol

anyho.bia aku tunjuk selama ni labuan kat mana.haha































































 p/s: i bet mira pun x tau labuan kat mana senanya...hahaha

 *sekian*









Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN

*setting : petang,senja to be exact (hari kuning) 
*waktu : sekitar 5 petang (waktu labuan)

di blakang sebuah rumah,kawasan dapur basah, terdapat mesin basuh lama yg masih lagi berfungsi, timbunan periuk-periuk lama yg dialas dengan plastik berhabuk, barang-barang lama mengisi sinki terbiar, dan dapur memasak yg buruk.tergantung disitu buaian buluh yg sudah usang.namun di tutup jasad nya itu dengan cat putih yg mana tetap lusuh dimakan dek cuaca. ikatan antara buluh itu sudah tidak lagi kemas, ada yang antaranya sudah tercabut. arca yang kononya seni itu hasil daripada 3 beradik yang punya dunia mereka sendiri. 

terduduk di tepi pintu, seorang anak lelaki kecil memegang gelas berisi air oren yang pudar warnanya. melihat si anak kecil itu, setompok air oren yang telah tertumpah daripada gelasnya di atas lantai. nekad si dia ke belakang rumah untuk seteguk air sejuk bagi membasahi tekaknya yang kering kontang itu. anak itu menelan air liur dan berfikir akan waktu berbuka puasa hampir tiba tetapi umur yang terlalu muda menjadi punca yang membawa dia ke tahap itu. setelah bergelut dengan mainan minda sendiri, anak itu membatal kan niat nya dan membuang air tersebut ke dalam sinki di bahagian dalam rumah. 

kemudian si kecil itu keluar semula dengan niat untuk bermain, tetapi apa kan daya, tersalah langkah kaki nya lalu tergolek tersembam badannya di atas lantai menempat kan muka nya berada betul-betul di kawasan tompokan air oren nya tadi. (pepatah melayu banyak menyebut, langkah kanan....malang tak boleh ditolak,mujur tak boleh di raih..)    lalu dihirup air yg SEDIKIT itu oleh anak kecil tersebut tanpa berfikir panjang. tiada siapa yang tahu melain kan dia dan tuhan sahaja. *sekian* 

k,budak kecik tu aku ...tu dulu..skang tak dah..

lepas bapak aku dah pencen ni n dah pindah stay kat rembau tu, bapak aku dah bukak balik kitab agama .bila berborak pun seboleh-boleh dia nak kait kan dengan agama. pastu aku slalu jadi target dia. bukan aku x suka or xnak dnga tapi kgkadang aku tak ready untuk masa-masa mcm tu. so kadang2 aku mcm terpksa bukak telinga je. (sori bah!). i know your real niat is to let me open my heart and together we look back at what weve done. its not that i dont wanna hear you somtimes, but 4 me, ive my own perspective towards it.

for me,aku tau kadang2 aku terover limit on smthing n sedar2 je aku dah tersalah langkah. bila smpai masa2 mcm tu, aku mesti patah balik. back to basic human life should live their life, which is hold back to his religion.
so , bila ckp tentang smbhyg, seriesly aku buat. tapi aku mengaku aku selalu malas, n slalu tinggal. tapi seboleh2 aku qada' balik. n bila time dok ramai2 ngan family sekali, aku makin berat nak sembhyg ,bukan sebab apa, aku tak suka tunjuk yg aku smbhyg, n end up smbhyg ujung2 waktu. bila mak dok bising aku lmbt2 kan smbhyg,buat aku makin berat nak buat n kalo buat tu pun mcm terpaksa dah (mcm budak kecik kene pksa smbhyg). ancik da besa mak....aku lbh slesa dok sorang2, buat aku tenang n senang untuk buat apa yg aku nak, n aku rasa smbhyg aku lbh ringan. korang x cmtu ke??? 

lately, aku kalo drive kereta, aku pasang radio IKIM. i know maybe korang fikir its a lame radio station to layan during driving tapi tak bg aku. ok mcm ni, brapa je antara kita yg pergi masjid hari2, dok denga ceramah hari2  or tazkirah or buat bende2 yg somehow cuci minda or sejuk kan hati???...x ramai pun kan??...bg aku ,bende2 mcm tu PERLU...tapi aku malas nk mampos......so ,the least thing i can do is by denga radio tu while driving. plus, aku slalu drive lama, n smtimes cukup satu session radio tu aku denga. so tak lah rugi apa2. aku ngaku kdg2 tu mmg lame, tapi ada bnyk bende boleh blaja dari denga bende tu. seriessss!!tak tipu..  

bila fikir2 blk, kalo tak abah  ngan mak dok bising2 pasal bende ni, aku mungkin tak kan sedar2 smpai skang. 
thnx buat ancik rase yg anck ni pnuh ngan dosa. mak abah, thnx 4 everything.


selamat datang ramadhan~ 








Friday, July 29, 2011

berangan = daydreaming


aku suka brangan. berangan boleh buat aku mimpi dlm sedar. bawak aku dlm satu dunia yg laen .yg mana aku sedar itu mustahil,tapi ia tetap realiti dlm dunia imaginasi aku.

kadang-kadang,orang2 besar selalu marah supaya jangan berangan. buang masa. tak memberi apa-apa faedah. lepas berangan apa yang kau dapat?? orang suruh buat keje tapi ko buang masa dok berangan ja?!!! you can do many work if you just do your f***ng work ! sit there ,grab your pen,read that encyclopedia!!! soon you can become a robot!!! live a happy live serving the freaking intolerable money maker!!!*emo*

k.

TAPI ,sedar kah kamu bahawa berangan itu or 'daydreaming' itu mampu mengubah hidup kamu satu hari nanti wahai robot2 sekalian???.. kenapa?

1. it can relax your mind.

   simplest thing you can do if you want to overcome your stress. many people do it,even orang dewasa. it gives your mind to relax a for certain duration before return with a refreshed or renewed mind. hence you can refocus your mind to your objectives rather than what is happening around you.see?

2. helps you manage conflict. 

   sometimes people do berangan in order to manage conflict. how? time berangan tu, korang review certain or specific situation dalam kepala otak korang, so you can be prepared for any of occurrences. contoh, berangan rumah kene rompak, you can visualize segala possibilities scenarios untuk korang ready kalau jadi. 
3. boost up productivity. 

   kalau korang fikir balik masalah korang satu-satu. automatically, your mind will think of ways to solve those problem. together, naik kan semangat untuk buat keje or start doing the solution and will make you feel better overall. simple je, the better you feel, the more likely you are able to be productive. see?

4. improve creativity!!!!

   daydreaming can helps you organize thoughts which may lead you to a new perspective. tak kira la gila mana sekali pun, cos there is no boundaries of berangan. nama pun berangan kan~?. plus ther is some instances whre you can actually apply idea gila korang in a real life.

TAPI ! . harus ingat, semua benda pun ada pros and cons. berangan ni ada buruknya. only if you do it too much and in a wrong way la. berangan lebih2 boleh buat hilang focus gak~. kalau negative thoughts je yg ada dlm pala otak, pun susah gak.plus there is a research that suggesting that frequent daydreaming may be linked to alzheimer.(journal of neuroscience- washington university). 

maka nya kita yang ada akal fikiran ni,guna elok2 je lah~.



Thursday, July 28, 2011

bad assumption


takyah nak menyalah/menuduh/mengata orang laen dengan melulu , tanpa usul periksa,. kita punya akal. fikir dengan baik.sesungguhnya kamu bijak-bijak belaka.

bukan HAK kita untuk menjatuh kan hukum atas seseorang. lagi-lagi kita bukan dlm situasi 'tersebut'. siapa kita nak membenci orang tu?

ni sekadar nasihat. bukan ingin meninggi suara. tak kira kamu tua atau muda. kita punya akal. guna yg itu dulu. ada sebab tuhan letak ia di atas, dan bukan di lutut.

bijak lah berfikir harapnya.




Monday, July 25, 2011

jerai oh jerai

last week aku gi gunung jerai.ngan fmly aku.aku tak tau pun ape yg ade kat gunung tu.aku ikut je.bapa aku ckp saja nak bawak bejalan,cuti.tp aku rasa die yg nk bjalan.aku ikut kan aja.

GUNUNG JERAI.
gunung ni located at kuala muda,kedah.which historically, there was a kingdom of "raja bersiong" located at the foot of the mountain (lembah bujang). later,there was a syeikh (aku tak ingat nama dia,which die yg islam kan sultan muzaffar syah) and dia ada plan nak buat masjid kat atas gunung ni,but somehow yg tinggal is satu telaga which the name of the telaga is given sempana nama beliau~

gunung ni jugak ada satu batu besa. batu besa ni berbentuk kapal, and of course, 'batu kapal' the name given.according to the legend, the ship was belongs to merong mahawangsa~ (haha..ingat die je aku nak tegelak,x tau pasal). org ckp kapal tu kene sumpah oleh sorg pembesar time die nak labuh kan dkat PULAU SERAI (origin of gunung JERAI).

And now dah jadi gunung ni dah ada tempat untuk rekreasi,campsite, ada hotel kat atas (regency jerai hill resort,tempat kitorang stay),ada museum,air terjun, tak ingat dah aku ape lagi. Anyways, dr kaki bukit tu,smpai ke atas,12km .The journey took around half n hour smpai atas.the road is very winding and curam. Masa otw naek atas tu,aku yg drive,agak cuak gak a. and time tu, aku xtau apa yg ada kat atas tu sebab, kereta yg turun gila-gila gak , Mercedes la,bmw la,4wd jgn ckp a. skali bila da smpai resort , resort tu lawa a (not as xpected) and I tot 5 bintang, tp 4 bintang sja~.  

Interior bilik die pulak, modern style n aku suka!. Pastu time kitorang smpai2 tu, weather agak cloudy. Bes gila sebab dpt nampak awan lalu depan mata ja beb. Bukak sliding door bilik, 3 meter depan je, awan dok gerak2. (mak aku ckp tu kabus,tapi aku nak ckp awan gak).

The next morning, kakak2 aku plak smpai,dorang nak join gak. So kitorang kene pindah bilik gi bilik yg besa skit. N pagi tu,baru la Nampak view dr atas. Aku suka sebab Nampak sawah padi banyak2.*teruja*.
pastu, mak aku plak jenis yg kalo travel, kalo boleh,nak angkot rumah bawak skali.bnyk gila brg ,especially brg masak. Just name it,sume ada. Penapis,blender,belacan, mcm2 lagi a. TAPI ,bila dah mak yg masak ,mmg tak leh nak ckp apa a.surrender a.nyum2!



Before balik,ktrg singgah museum. Tak bes,sebab tunjuk pasal pokok2,jenis kayu2,batu2,jenis batu2 ,which bende yg aku taknak tau (budak ni mmg mlas sket nak tgk bende2 cmni). Bukan apa, yg aku nak tau is die punya history,tp tak bnyk sgt. Huhu.so far, the trip bg aku best a.sbb bg can utk aku kua amek gamba n spent time ngan my family.

p/s : *aku skang terfikir nak plan trip sendiri ,n dlm pala otak aku skang is sipadan island.muahaha.
       *i will upload more photo at my flickr soon.
         



Wednesday, July 20, 2011

wattaa??!!!

me : bah,ade pensel tak ? nak lukis.
abah : ntah tak ingat mane letak,jap abah cari.
me : okay

aku pun lukis je pakai pen,tetiba!

pam! (satu plastik besa jatuh dari langit)

abah : nah ni yg abah kumpul dr dulu,ni sume dr ofis abah dulu
 *aku pun dok selongkar pilih2 *
me : omg! these are old school shaaaiiiiiits!!



                      bila lagi nak jumpa pensel yg ada pemadam celaka ni???



               ruler yg ada lubang kat tgh ni 'legend'...kalo beli x sampai seminggu mesti dah patah 2...
              sharpener ijau yg ade cermin tu lagi a!!!!mane nak cari wooO!!!