Maaf saya ini manusia biasa..bukan nabi bukan wali...malah juga bukan syaitan dan jin laknatullah..cuma manusia biasa sahaja rakanku..
Memang lumrah..Bila kita ni buat sehabis baik dlm apa juga urusan, masih ada lagi cacat celanya yang boleh nampak..maklumlah..belajar untuk hidup..cuma yang dikesalinya ialah, apabila rakan laen, teman sendiri,masih dan hanya nampak cacat celanya sahaja..tanpa di endah kan apa yang kita sudah lakukan selama ini..setuju?
Bukan dgn alasan manusia biasa itu kita seperti sengaja melakukan kesalahan...bukan..sudah di cuba dan masih mencuba..mencuba memerah segala kasih dan sayang terhadap hidup ini untuk teman2..tapi kenapa masih lagi ada yang kurang celik..
Ya saya tahu,kamu juga faham dan setuju dengan apa yang saya cuba leraikan sekarang ini...tapi..kenapa ada antara kamu sendiri,hanya melihat dan menilai orang lain dengan cacat celanya?..mengaku percaya dan setuju dengan idea anti-judgemental,tapi sendiri mencari keburukan orang laen,marah dengan kesilapan dan kekurangan orang laen...sedang hati sendiri benci akan hipokrasi dan sekularisma,tapi itu yang jasad dan minda kamu turut kan...sedih, bila kamu mengadu akan permasalahan kamu,tapi masih menuding jari ke orang lain,seperti tidak faham akan kesakitan apa yang orang lain hadapi...
Makanya,paradoks kehidupan itu diteruskan putarannya..mungkin ianya sudah berlaku dari zaman nabi lagi..
Maaf kan atas kekurangan saya..dan faham la kekurangan sendiri..
Hanya kerana yang hari ini shaja,kamu sudah seperti ini..apatah lagi jikalau benda yang sama berlaku di kemudian hari?
Ya saya faham kamu lemah,mahukan cuma sedikit kasihan..tak lebih dari itu..cumanya,kamu perlu berikan sedikit perhatian terhadap kesakitan org laen..itu sahaja..maksud kesakitan disini ialah masalah2 atau kesukaran dalam kehidupan orang lain...
Bukan kah kita manusia biasa?.
No comments:
Post a Comment